Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan
pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya.
Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2
malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak
ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata:
"Dia
adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri
walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku
tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam
Syurga."
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan
berkata:
"Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang
dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
bersedih."
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur
untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari
sutera yang dipenuhi bauan kasturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:
Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang
lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.